comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Akhirnya mayat adik Muhammad Faris ditemui

MANJUNG: Mayat adik Muhammad Faris Irfan 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin, di sini, petang semalam ditemukan lemas pagi tadi.

Mangsa dijumpai oleh sekumpulan nelayan berhampiran Tanjung Hantu, di sini, pagi tadi.

Foto ihsan Bomba

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dijumpai pada jam 8.20 pagi pada kedudukan 2 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang oleh nelayan berhampiran Tanjung Hantu.

“Mangsa disahkan maut dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi yang melibatkan 67 orang anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk bomba, polis, orang kampung, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia itu ditamat jam 9 pagi tadi.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.19 petang semalam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis diatur gerak ke lokasi kejadian.

Keluarga mangsa menyedari kehilangan Muhammad Faris kira-kira jam 1 petang semalam sebelum membuat laporan polis.

Artikel berkaitan : Muhammad Faris hilang ketika beriadah bersama keluarga

Loading...
Terkini