comscore
Tumpuan :
Nasional

Akibat serangan jantung pemandu rempuh tembok kuil

FOTO: Ihsan pembaca

TANJUNG MALIM: Akibat serangan jantung ketika memandu, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar tembok kuil Hindu di Jalan Kampung Lambak berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Lok Ming Choy, 55 maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira 8.40 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lambak menuju ke pekan Tanjung Malim.

“Tiba di tempat kejadian, dipercayai kenderaan jenis Toyota Camry yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kanan.

“Akibat kejadian terbabit, kereta yang dipandu mangsa kemudian telah merempuh tembok sebuah kuil Hindu yang terletak di tepi jalan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, mangsa, Lok Ming Choy berumur 55 tahun yang beralamat di Kampar, Perak telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil bedah siasat di Hospital Slim River, mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini