comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Akta Tabung Haji akan dipinda tambah baik pengurusan, kecekapan

 

KUALA LUMPUR : Bagi menambah baik pengurusan dan kecekapan Lembaga Tabung Haji (TH), kerajaan akan meminda akta sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkenaan akan dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada sesi Parlimen awal tahun depan.

“(Kerajaan) akan meminda Akta TH bagi memenuhi maksud maqasid bukan saja pengurusan tapi juga kecekapannya untuk berfungsi memberi penghayatan kepada ibadah umat Islam.

“Kita akan cuba.. kalau tak sempat sesi Parlimen November ini, saya cuba awal tahun depan akan dibentangkan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini