comscore
Tumpuan :
Sukan

Jaringan Olusegun pada waktu kecederaan bantu PDRM benam Perak

FOTO: PDRM Football Club

IPOH: Jaringan pada minit ke-12 waktu kecederaan oleh Ifedayo Olusegun membantu PDRM menundukkan tuan rumah Perak 3-2 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Ipoh di sini malam ini.

Sebelum itu, Olusegun turut melegakan kem PDRM apabila menyumbat gol pertama pasukan itu pada minit ke-24, diikuti gol daripada Bruno Suzuki pada minit ke-72.

Perak bagaimanapun yang pertama membuka jaringan menerusi Tommy Mawat Bada pada minit ke-9 dan kemudian oleh Wan Zack Haikal pada minit ke-87.

Harapan Perak untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri tidak kesampaian apabila Olusegan menjaringkan gol kedua peribadi pada lewat waktu kecederaan.

Terdahulu, Selangor mengecewakan Kedah 1-0 manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti dijangka menang selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini