comscore
Tumpuan :
Nasional

Aktiviti didik hibur dan penekanan nilai-nilai murni penting di minggu pertama persekolahan

Oleh Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Guru boleh melaksanakan pendekatan berbentuk didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah ketika pengoperasian pengajaran dan pembelajaran (PdP) minggu pertama persekolahan bagi menarik minat murid untuk belajar.

Aktiviti-aktiviti yang menekankan nilai-nilai murni juga antara pengisian yang disarankan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memberi persediaan rapi terhadap pembentukan murid di awal persekolahan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan, bagaimanapun sekiranya pihak sekolah telah merancang aktiviti lain selain daripada PdP pada minggu pertama, guru matapelajaran perlu bersama-sama dengan murid, menjayakan aktiviti yang dirancang mengikut jadual waktu PdP mereka.

“Sesuatu yang berjaya itu datang dari semangat, jiwa yang kuat, jiwa itulah yang mesti kita bentuk pada awal. Mana mungkin kita mulakan perlawanan tanpa ada warm up, tanpa ada sesi memanaskan badan. Bagi kami di KPM, surat pekeliling ikhtisas bil 5 tahun 2023 itu, memberi panduan supaya sekolah menyediakan anak-anak dari segi emosi, sesi warm up untuk mereka meneruskan pembelajaran yang panjang selama setahun, 190 hari jumlahnya,” ujarnya ketika Amanat Pembukaan Sesi Persekolahan 2023/2024 di Putrajaya, pagi tadi.

Tempoh ini dianggap penting dalam membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar, sebelum memulakan pendidikan secara formal di sekolah.

Dalam minggu pertama persekolahan, KPM memberi fokus kepada enam konsep dalam memenuhi pengisian aktiviti.

Antaranya menjadikan sekolah ceria, selamat dan terancang, serta mewujudkan nilai pendidikan dan berinformatif dalam diri setiap murid.

Selain itu, dalam tempoh ini, guru atau sekolah perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga serta komuniti.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga perlu menerapkan sikap bekerjasama dan persefahaman erat, serta menjalinkan perpaduan antara murid pelbagai kaum.

Loading...
Terkini