comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Ali XPDC dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas


Oleh: Izzatie Rizan

SEPANG: Penyanyi, Ali XPDC dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi di sini.

Menurut isteri vokalis popular itu, Sharifah Azuwanna Syed Joned kesihatan Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, 56, semakin merosot sejak awal tahun lalu dan semakin serius sejak Ramadan.

“Bila malam abang memang tak dapat tidur dan hanya tidur dalam keadaan duduk. Saya ada merayu memintanya ke hospital namun abang kata tunggu dulu,”

“Meskipun sakit, abang tetap berpuasa penuh serta berulang alik menunaikan solat fardhu di masjid dengan dihantar anak kami,” katanya kepada Buletin TV3.

Sementara itu, ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan Negeri Selangor berkata pihaknya sudi membantu agar Ali yang juga bekas vokalis kumpulan Terra Rossa pulih sepenuhnya.

“Hari ini saya melalukan lawatan untuk menyerahkan bantuan kerusi roda namun tak sangka kesihatan Ali semakin merosat.

“Untuk itu saya menasihatkan dia untuk ke hospital sebab ketika ini pun dia nak bercakap pun payah,” katanya yang kemudian membantu menghantar Ali ke hospital.

Terdahulu, pada 2021 Ali pernah berdepan ujian getir selepas diserang angin ahmar yang turut mengakibatkan jantungnya membengkak.

Sejak itu kesihatan beliau turun naik sehingga menganggu kerjaya sebagai anak seni.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini