comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik di beberapa lebuh raya lancar

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dilaporkan terkawal.

Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) pula, menunjukkan sedikit peningkatan jumlah kenderaan.

“Setakat ini, semua laluan lebuh raya bergerak lancar kecuali di Tambak, Johor dari Singapura yang dilaporkan perlahan akibat pertambahan jumlah kenderaan.

“Plaza Tol Gombak ada peningkatan jumlah kenderaan tetapi masih lancar. Terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 311.5 PLUS, dari Tapah ke Gopeng, Perak. Lorong kiri ditutup dan trafik bergerak lancar,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2, juga lancar untuk dilalui setakat ini.

“Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan,” katanya.

Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS Trafik, memaklumkan laluan Smartlane diaktifkan di beberapa kawasan dipercayai dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

“Pengaktifan Smartlane di KM 4.2 – KM 1.8 arah selatan laluan di antara Dato Onn ke Pasir Gudang. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi. Trafik terkawal.

“Pengaktifan Smartlane di KM 367.3- KM 354 arah utara laluan di antara Slim River ke Sungkai. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati. Harap maklum,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini