comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di Terengganu, Pahang, Sarawak & Sabah

Foto: METMALAYSIA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga jam 7 malam ini.

Agensi itu dalam hantarannya memaklumkan di Terengganu, cuaca itu diramal melanda Dungun dan Kemaman manakala Pahang membabitkan kawasan Jerantut dan Kuantan.

Di Sarawak pula, amaran itu dikeluarkan bagi Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambahnya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini