comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ramalan cuaca berisiko aktiviti pantai dan laut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama hingga ketiga di beberapa negeri hingga Rabu ini yang berbahaya kepada aktiviti pantai dan laut.

METMalaysia berkata, bagi seksyen A iaitu untuk perairan negara, amaran kategori pertama dijangkaangin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m).

Menurutnya, lokasi yang dijangka berhadapan amaran itu ialah kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan sehingga Rabu ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula esok hingga Selasa serta ia berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya dalam catatan di Facebooknya,hari ini.

Menurut catatan itu,bagi seksyen B iaitu untuk perkapalan, amaran sama kategori ketiga iaitu

angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka di kawasan perairan Condore, utara Bunguran dan barat Reef North sehingga Rabu ini.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Amaran kategori kedua, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 m.

“Situasi itu dijangka di kawasan perairan Samui, Tioman, selatan Bunguran, timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan barat Palawan juga hingga Rabu serta berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Katanya, amaran kategori pertama bagi seksyen B, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka di kawasan perairan timur Palawan dan Sulu juga sehingga Rabu yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Loading...
Terkini