comscore
Tumpuan :
Nasional

Aminuddin Harun angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-9 hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengangkat sumpah jawatan pada pukul 4.15 petang di hadapan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

Pelantikan ini susulan pembentukan kerajaan negeri oleh gabungan PH dan Barisan Nasional ,BN yang berjaya memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Istiadat dimulakan dengan lafaz sumpah jawatan menteri besar disusuli dengan menandatangani buku sumpah jawatan.

Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua anakanda baginda,Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin.

Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Aminuddin dilantik sebagai menteri besar.

Pada 2018 beliau dilantik sebagai Menteri Besar ke lapan selepas PH diisytiharkan menang 20 kerusi dalam Pilihan Raya Umum, PRU ke 14.

Loading...
Terkini