comscore
Tumpuan :
Nasional

Amir Hamzah angkat sumpah sebagai Senator

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang dikatakan bakal dilantik menyertai Kabinet yang dirombak hari ini, mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara pagi ini.

Majlis itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Amir Hamzah dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet yang dijadual diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 11 pagi ini.

Amir Hamzah yang menyertai KWSP pada  2021, adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Berhad sejak  2019.

Pengalamannya dalam dunia korporat selama lebih 27 tahun, termasuk menerajui  syarikat seperti Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York.

Prof Madya Dr Zulkifli Hasan
Prof Madya Dr Zulkifli Hasan

Turut mengangkat sumpah sebagai senator ialah Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Zulkifli Hasan.

Beliau merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini