comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sahkan umum rombakan Kabinet, ada pertambahan menteri

Oleh : Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan ada pertambahan menteri menerusi rombakan kabinet yang akan diumum beliau, hari ini.

Beliau mengesahkan satu sidang media khas akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Jabatan Perdana Menteri, di sini.

“Ada sedikit pertambahan but smaller from previous administration,” katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Kementerian Kewangan.

Media sebelum ini melaporkan, rombakan kabinet yang bakal diumum Perdana Menteri dikatakan membabitkan sekurang-kurangnya lima kementerian.

Selain Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kementerian lain ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi Digital (KKD), Kementerian Kesihatan (KKM); Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini