comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar doakan Tun Abdullah diberikan afiyah

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, diberikan afiyah secepat mungkin.

“Semoga Tun Abdullah diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook hari ini.

Abdullah, 85, yang merupakan Perdana Menteri kelima dari 2003 hingga 2009 dimasukkan ke IJN pada 3 petang semalam.

Pejabat Urus Setia bekas Perdana Menteri itu memaklumkan pakar perubatan mendapati beliau mengalami Small Spontaneous Pneumothorax dan menasihatinya agar berehat secukupnya dengan pemantauan doktor pakar.

Sementara itu bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah mengesahkan bapa mentuanya berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

Khairy yang mewakili ahli keluarga menzahirkan penghargaan kepada doa dan kata-kata semangat buat Abdullah berkata bapa mentuanya memerlukan rehat secukupnya dan dinasihatkan tidak menerima pelawat buat masa ini. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini