comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar, Dr Wan Azizah hadir majlis makan malam YUSEL

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Amal Yayasan Universiti Selangor (YUSEL). – FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City di sini, malam tadi.

Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, dalam ucapannya berkata, jamuan  itu diadakan bagi meraikan Dr Wan Azizah sebagai penerima ijazah kehormat dan mengumpul dana bagi Tabung Yayasan UNISEL.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-17 pada 9 September lalu di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Mohammad Redzuan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesudian hadir ke majlis itu, kehadiran kali keenam Anwar ke program  dianjurkan UNISEL sejak 2018.

“Saya yakin UNISEL adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang paling kerap dikunjungi beliau,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini