comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar, Dr Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya

Tuanku Syed Sirajuddin menjalani pembedahan kaki Sabtu lalu. – FOTO: Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

“Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

FOTO: Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Facebook

Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lalu memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin selamat menjalani pembedahan membaik-pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jaya pada 6.40 petang. – BERNAMA

Loading...
Terkini