comscore
Tumpuan :
Nasional

Arahan bekerja dari rumah belum ditarik balik

KUALA LUMPUR: Arahan bekerja dari rumah untuk penjawat awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih belum ditarik balik.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan 80 peratus penjawat awam sudah kembali bekerja di pejabat manakala bakinya beroperasi dari rumah, setakat ini.

“Kita sudah membuka kembali pejabat kerajaan walaupun bukan sepenuhnya. Daripada jumlah yang dibuka, 80 peratus bekerja di pejabat, 20 peratus masih bekerja dari rumah.

“Alasan 20 peratus ini adalah kerana pusat asuhan kanak-kanak serta taska masih belum dibenarkan beroperasi, itu sebabnya arahan bekerja dari rumah masih dikekalkan,” katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini