comscore
Tumpuan :
Nasional

Awas pesanan WhatsApp guna gambar Ketua Polis Melaka

Tangkap layar memaparkan gambar Ketua Polis Melaka digunakan sebagai gambar profile oleh individu tidak dikenali. FOTO: IPK Melaka / Facebook

MELAKA: Polis mengesan gambar Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah digunakan sebagai gambar profile bagi aplikasi WhatsApp oleh individu tidak bertanggungjawab sejak Jumaat lalu.

Hebahan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, memaklumkan suspek turut dikesan menghantar pesanan ringkas kepada beberapa individu menggunakan nombor telefon 018-2066726.

Perkara itu terbongkar apabila kenalan Zainol yang turut menerima pesanan ringkas berkenaan segera menyemak dengan beliau bagi mendapatkan pengesahan.

Lagi tangkap layar memaparkan gambar Ketua Polis Melaka digunakan sebagai gambar profile oleh individu tidak dikenali. FOTO: IPK Melaka / Facebook

Sehubungan itu polis menasihati orang ramai yang menerima pesanan ringkas berkaitan supaya mengabaikannya.

“Pohon kerjasama kepada mana-mana individu yang menerima pesanan ringkas daripada nombor yang menggunakan gambar Ketua Polis Melaka untuk mengabaikan pesanan terbabit,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan beberapa tangkap layar dikongsikan antara lain kandungan pesanan ringkas itu menyatakan akan mewujudkan kumpulan WhatsApp baharu berkaitan info kesihatan Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini