comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Lahir Anak Tahun Depan, Ibu Isi Rumah Penerima BKM Terima RM500

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.

Melalui inisiatif itu, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

“Bantuan itu akan diberikan kepada ibu saja,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini