comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: RM235 Juta Bagi Dana Pembiayaan Khas Wanita

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM235 juta bagi Dana Pembiayaan Khas Wanita melalui Bajet 2023.

Ia akan diberikan melalui skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, Dananita MARA dan Bizlady Bank Rakyat.

Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti juga akan memperkenalkan program latihan khas untuk wanita bagi meningkatkan kemahiran golongan itu di peringkat kepimpinan korporat.

Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja selepas tempoh ‘career break’ (berehat), pngecualian cukai turut diberikan ke atas pendapatan yang diterima bagi taksiran 2023 sehingga 2028.

Pada masa sama, sebanyak RM3,000 pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika juga diberikan hingga tahun taksiran 2024.

Loading...
Terkini