comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bakal jemaah diingatkan jangan salah guna visa pelancong, umrah untuk tunai haji – MOTAC

 

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini, terutama bakal jemaah umrah diingatkan supaya tidak menyalahgunakan visa pelancong dan visa umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Ingatan itu dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan tinggal lebih masa di Tanah Suci sehingga masuk musim haji yang dijangka bermula minggu ketiga bulan depan.

Syarikat pengendali umrah dan jemaah juga perlu menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji bermula, selain akur dengan peraturan semasa ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“MOTAC memandang serius berhubung perkara itu (salah guna visa pelancong, visa umrah) kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah. Kementerian berusaha menghalang perkara-perkara yang tidak diingini selain menjaga hubungan baik yang telah terjalin di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” menurut MOTAC.

Kementerian itu menegaskan salah guna visa pelancong dan visa umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji menjadi satu kesalahan mengikut peraturan Kerajaan Arab Saudi, iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit sah.

Menurut MOTAC, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan kementerian itu.

Selain itu, Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji dikeluarkan institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH) untuk Malaysia.

Loading...
Terkini