comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dakwaan terhadap agensi tipu pakej umrah Selasa ini

 

TENOM: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan sebahagian siasatan berhubung kes penipuan pakej umrah sudah lengkap dan setakat ini syarikat berkaitan sudah menerima notis untuk pendakwaan.

Sebanyak 88 kertas siasatan sudah dibuka berhubung kes penipuan pakej umrah membabitkan 47 mangsa pada Disember lalu.

“Pendakwaan akan dilakukan pada 9 Januari ini di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah terkait kepada aspek kepenggunaan.

“Sementara aspek perlesenan, elemen jenayah serta lain-lain adalah di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.

“Bagaimanapun, saya sudah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) untuk berkaitan perlesenan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkait unsur jenayah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Pejabat Peguam Negara selepas mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (PoS to PoS) di daerah Tenom, di sini, hari ini.

Armizan sebelum ini meminta semua mangsa kes penipuan pakej umrah terbabit membuat aduan rasmi kepada KPDN bagi memudahkan siasatan terperinci.

Terdahulu, semua mangsa terbabit menggesa KPDN mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat pelancongan selepas gagal membayar ganti rugi seperti diminta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Kumpulan yang dibawa Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) itu juga mahu syarikat terbabit dikenakan tindakan undang-undang lebih tegas kerana didakwa sudah memperdayakan ramai mangsa lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini