comscore
Tumpuan :
Nasional

Balai Polis Komuniti Putra ditutup sepenuhnya bermula Jun

KUALA LUMPUR: Selepas 15 tahun beroperasi, Balai Polis Komuniti Putra di Jalan Datuk Eusoff, akan ditutup sepenuhnya bermula 1 Jun ini.

Kemudahan itu yang mula dibuka pada 18 Ogos 2018 ditutup kerana faktor kedudukannya yang terletak berhampiran balai polis lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, balai polis berkenaan telah memberi perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat sekitar berdasarkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang ia beroperasi.

“Seiring perubahan dan keperluan semasa, balai polis ini akan ditutup sepenuhnya dan penugasan keanggotaannya akan dibuat di tempat yang lebih memerlukan.

“Ini selari dengan proses pemantapan penyampaian perkhidmatan kepolisan, khususnya di Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang laporan boleh dibuat di balai polis berhampiran, iaitu Balai Polis Dang Wangi, Balai Polis Chow Kit atau mana-mana balai polis lain berdekatan.

Loading...
Terkini