comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bandar Kota Tinggi hampir lumpuh akibat banjir

KOTA TINGGI: Pusat Bandar Kota Tinggi hampir lumpuh apabila kebanyakan jalan utama ditenggelami air berikutan keadaan banjir semakin buruk susulan fenomena air pasang penuh pada jam 9 malam tadi.

Jalan Semanggar menuju ke Sekolah Menengah Jalan Tun Habab tidak boleh dilalui berikutan arus air deras selain Jalan Tun Sri Lanang ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air sedalam 0.6 meter dengan jarak sejauh 650 meter.

Tinjauan di bandar juga mendapati air naik sehingga satu hingga 1.5 meter di Jalan Indah, Jalan Jaafar, Jalan Niaga Utama, Jalan Johor dekat Arked Mara, Taman Kota Mas dan Jalan Tambatan.

Malah Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bandar turut dinaiki air.

Walaupun keadaan cuaca cerah dengan kehadiran matahari sejak pagi tadi, namun awan mendung di beberapa lokasi dengan sebahagian hujan renyai.

Loading...
Terkini