comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Terengganu merebak, 1,431 mangsa dipindah ke 14 PPS

Penduduk, Alias Ngah, 52 memindahkan lambu peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas kandangnya dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek. – Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu menyaksikan Marang menjadi daerah terbaharu yang terjejas selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan malam tadi.

Seramai 132 mangsa daripada 32 keluarga segera dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 1,431 mangsa daripada 400 keluarga berlindung di 14 PPS di empat daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Pemandangan udara keadaan kediaman yang dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek. – Foto: NSTP

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 1,048 mangsa daripada 295 keluarga di 12 PPS di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatatkan jumlah mangsa paling ramai  iaitu 699 mangsa daripada 189 keluarga.Mereka ditempatkan di tujuh PPS berbanding hanya 507 mangsa malam tadi.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Tok Jembal – Foto: NSTP

Di Kuala Terengganu, seramai 574 mangsa banjir membabitkan 173 keluarga berada di empat PPS iaitu SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Jumlah mangsa yang terjejas di Setiu kekal  26 orang daripada enam keluarga kini ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Bintang dan Balai Raya Kampung Bari Besar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini