comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Johor: 3 lagi PPS dibuka di Mersing

MERSING: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36 PPS beroperasi di 6 daerah di Johor.

Tiga PPS terbaharu yang dibuka jam 12 tengahari tadi ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, SK Kampung Sawah dan SK Air Papan.

PPS berkenaan akan menempatkan mangsa dari beberapa kampung sekitar Endau yang dinaiki air akibat fenomena air pasang besar.

Pasukan penyelamat bertungkus lumus membawa mangsa yang terperangkap banjir ke PPS bermula pagi tadi.

Ia membabitkan orang kurang upaya (OKU) kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Bilik gerakan pengurusan bencana negeri sedang mengemaskini jumlah mangsa yang dipindahkan.

Loading...
Terkini