comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Johor meningkat 503 orang setakat jam 2.30 petang

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama anggota polis menyelamatkan mangsa banjir , Seri Wahyuni Ahmad, 55, yang menghidap sakit gout dan buah pinggang di Kampung Laut Skudai Kecil, Skudai, Johor. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 503 orang berbanding 338 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 2.30 petang, seramai 503 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.

“Mangsa banjir di Johor membabitkan 94 kanak-kanak lelaki, 79 kanak-kanak perempuan, 157 lelaki dewasa, 162 perempuan dewasa, sembilan orang kurang upaya (OKU) yang masing-masing tujuh lelaki dan dua perempuan,” katanya.

Sementara itu, di Pahang katanya seramai 169 mangsa banjir daripada 37 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

“Antara PPS yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Bukit Ibam; Dewan Semai Bakti Chini 3; Dewan Semai Bakti Chini 1; Balai Raya Kg Gumum; Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3; Balairaya Batu Gong dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam.

“Mangsa banjir di Pahang terdiri daripada 55 lelaki dewasa, 58 perempuan dewasa, 26 kanak-kanak lelaki, 18 kanak-kanak perempuan dan seorang OKU lelaki,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini