comscore
Tumpuan :
Nasional

Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup akibat banjir

KOTA BHARU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, di sini, ditutup petang tadi ekoran banjir.

Menurut Bahagaian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, penutupan dibuat serta merta sehingga diberitahu kelak.

“Hanya ICQS Rantau Panjang ditutup, manakala ICQS Pengkalan Kubor dan Jeli masih beroperasi seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup untuk semua kenderaan mulai malam tadi.

“Atas faktor keselamatan, semua pengguna dinasihatkan tidak melalui kawasan Kalbok 5 bermula malam tadi sehingga diberitahu kelak kerana keadaan jalan tidak selamat untuk semua jenis kenderaan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini