comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Kota Tinggi: Enam laluan utama ditutup – JKR

FOTO JKR Kota Tinggi/Facebook

KOTA TINGGI: Enam laluan utama di daerah ini ditutup susulan kawasan bandar Kota Tinggi dinaiki air akibat hujan berterusan sejak malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dalam kenyataannya di Facebook turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada memasuki kawasan bandar daerah berkenaan jika tiada urusan penting.

“Elakkan masuk ke bandar Kota Tinggi jika tiada urusan penting buat sementara, kerana kebanyakan laluan utama dinaiki air.

“Setakat jam 8 pagi tadi, enam laluan ditutup iaitu J245 Jalan Tun Sri Lanang (Landmark Simpang Kampung Makam), J245 Jalan Tun Sri Lanang (Bandar Kota Tinggi) dan juga Jalan Kota Kecil (Stesyen Minyak Petronas).

“Tiga lagi laluan adalah FT91 Jalan Kota Tinggi – Kluang (Kampung Jawa), FT91 Jalan Kota Tinggi – Kluang (Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab) dan FT91 Jalan Kota Tinggi – Kluang (Kampung Batu 25),” katanya.

Setakat jam 10 pagi tadi, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini dengan 32 keluarga terdiri daripada 132 mangsa sudah dipindahkan.

Semua mangsa itu kini ditempatkan di PPS dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang yang dibuka pada jam 3.20 pagi.

Dua lagi PPS turut dibuka iaitu di Dewan Semerah Padi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, namun belum ada mangsa yang dipindahkan.

Loading...
Terkini