comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Pujuk dan nasihat dulu, sebelum keluarkan arahan berpindah – APM

IPOH: Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempunyai kuasa untuk mengarahkan mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), namun setakat ini agensi itu memilih pendekatan memujuk dan nasihat.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, pihaknya mengutamakan memberi pencerahan dan kesedaran terlebih dahulu.

“Sesuai dengan nama panggilan Op Ramah APM, kita dekat dengan masyarakat, …kita bukan buat penguatkuasaan walaupun ada dalam Seksyen 4C Akta 221.

“Kalau katakan tak (enggan) keluar sebenarnya ada denda yang kita boleh kenakan, tetapi kita belum menguatkuasakan (sebaliknya) kita gunakan kaedah menasihati, memberi kesedaran terlebih dahulu dan kita tidak akan terus gunakan tindakan (penguatkuasaan). Kita tak mahu pergi ke situ (penguatkuasaan),” katanya selepas Majlis Apresiasi APM Perak, semalam.

Aminurrahim Mohamed ketika menghadiri Majlis Apresiasi APM Perak di Ipoh, petang semalam. FOTO: NSTP

Hadir sama Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan dan Pengarah APM Perak, Rohaizat Hadli dengan majlis itu menyaksikan seramai 102 warga APM Perak dianugerahkan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM.

Untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) hingga Mac depan khususnya di negeri Pantai Timur serta Johor, APM memperuntukkan 5,120 anggota dalam pasukan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini