comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Taman Sri Muda Terkawal, Jangan Sebar Video Lama

PETALING JAYA: Hasil pemantauan awal pihak polis Shah Alam mendapati lokasi di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam dalam keadaan baik dan terkawal walaupun berlaku banjir kilat yang menyebabkan ada jalan yang dinaiki air sehingga paras buku lali petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pemantauan terus dilakukan dari semasa ke semasa oleh petugas di lapangan, sehingga kini semua lokasi jalan boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Beliau mengulas video yang tular di media sosial mengenai situasi banjir di Taman Sri Muda petang tadi.

Pihaknya menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat apa-apa spekulasi dengan menyebarkan video-video kejadian banjir yang lama tanpa sebarang kesahihan kerana perbuatan sebegini boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Loading...
Terkini