comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Terengganu: 1,559 mangsa masih berada di 32 PPS

Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu masih belum reda apabila bilangan mangsa di lima daerah terus meningkat kepada 1,559 orang daripada 471 keluarga itu berada di32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, secara keseluruhan, jumlah mangsa di lima daerah yang terjejas menunjukkan peningkatan.

Di Besut, seramai 516 mangsa daripada 147 keluarga berada di lapan PPS di daerah berkenaan manakala 454 mangsa (144 keluarga) berada di sembilan PPS di daerah Setiu.

Jumlah mangsa di Hulu Terengganu meningkat kepada 282 mangsa (88 keluarga) di sembilan PPS pagi ini., berbanding hanya 168 mangsa (54 keluarga) di empat PPS malam tadi.

Empat PPS di Dungun dibuka bagi menempatkan 283 mangsa daripada 86 keluarga.

Manakala di Kemaman, 24 penduduk daripada enam keluarga yang terjejas berada di dua PPS di daerah berkenaan.

Loading...
Terkini