comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir Terengganu : Lebih 4,500 mangsa di PPS, Dungun pula terjejas

 

KUALA TERENGGANU: Gelombang pertama banjir di Terengganu  menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat mencecah 4,787 mangsa di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah Terengganu, setakat jam 8 pagi tadi.

Mangsa terdiri daripada 1,260 keluarga dipindahkan sejak kelmarin.

Mohamad Efindy Mohamad Saleh, 37 mengalihkan peralatan kedai ke tempat lebih selamat selepas kedainya dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Alor, Surau Panjang, Kuala Terengganu. – Foto: NSTP

Dungun menjadi daerah terbaharu terjejas apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah dibuka malam tadi bagi menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa di daerah Kuala Nerus juga makin bertambah.

Seramai 1,695 mangsa daripada 445 keluarga berada di 14 PPS di daerah berkenaan berbanding seramai 1,426 orang daripada 370 keluarga di 12 PPS, malam tadi.

Foto: NSTP

Di Kuala Terengganu, lima PPS masih dibuka bagi menempatkan 1,137 mangsa daripada 332 keluarga.

Keadaan banjir di Marang juga semakin buruk dengan jumlah mangsa  bertambah kepada 1,251 orang daripada 316 keluarga  di tujuh PPS.

Penduduk berjalan meredah banjir ketika tinjauan di Kampung Atas Tol. Beberapa kawasan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilanda banjir. – Foto: NSTP

Seramai 673 mangsa di Besut berlindung di empat PPS manakala jumlah mangsa di Setiu kekal seramai lapan mangsa daripada tiga keluarga berada di satu PPS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini