comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Terengganu menurun, 3,581 orang masih di PPS

KUALA TERENGGANU : Bilangan mangsa banjir di negeri ini mencatat sedikit penurunan kepada 3,581 mangsa daripada 957 keluarga, setakat jam 8 pagi tadi .

Kesemua mereka masih berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah  iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Besut dan Dungun.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding seramai 3,619 orang, malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu,  Kuala Nerus masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai 1,598 orang daripada 430 keluarga di 15 PPS.

Noor Hafizah Razak menyelamatkan kucing peliharaannya selepas sangkarnya dinaiki air di Kampung Alor, Surau Panjang. -Foto: NSTP

Di Kuala Terengganu, lima PPS masih dibuka bagi menempatkan 956 mangsa daripada 279 keluarga.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang, SK Gong Tok Nasek dan SK Rengah Bekah.

Seramai 272 mangsa daripada 60 keluarga pula berada di dua PPS di Besut iaitu SK Kuala Besut dan Balai Raya Beris Tok Abu.

Di daerah Marang dan Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun  tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding malam tadi.

Enam PPS di Marang  menempatkan 732 mangsa daripada 183 keluarga.

Manakala, 23 mangsa daripada lima keluarga di PPS di SK Tok Kah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini