comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Tujuh pekerja institut memandu terperangkap 

KUALA SELANGOR: Kawasan sebuah institut memandu di Jalan Kuala Selangor, Ijok, di sini ditenggelami air sedalam satu meter menyebabkan tujuh pekerja institut terbabit terperangkap selama 30 minit dalam premis itu.

Kesemua mangsa termasuk enam wanita, berusia antara 18 hingga 55 tahun  .

Anggota bomba memindahkan mangsa ke lokasi selamat. – Foto : NSTP/IHSAN BOMBA

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.17 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, terdapat kejadian banjir di kawasan berkenaan dengan kedalaman air kira-kira satu meter.

Anggota bomba menyelamatkan tujuh pekerja sebuah institut memandu yang terperangkap hampir 30 minit dalam banjir di Jalan Kuala Selangor, Ijok, Kuala Selangor – Foto : NSTP/IHSAN BOMBA

“Ketika kejadian, semua pekerja institut memandu itu sedang bekerja dan mereka terperangkap dalam pejabat hampir 30 minit sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, anggota bertugas kemudian menjalankan kerja menyelamat dan memindahkan mangsa ke lokasi selamat.

“Mereka dipindahkan dengan menggunakan bot bomba,” katanya yang memaklumkan air banjir belum surut.

Loading...
Terkini