comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa, anak perempuan tersepit dalam kereta

SEPANG: Nahas membabitkan sebuah Perodua Bezza dan lori di persimpangan lampu isyarat menghala ke Langat Murni, Bukit Changgang, di sini, hari ini mengakibatkan dua beranak cedera.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.06 petang tadi.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan Perodua Bezza dan sebuah lori lima tan.

“Terdapat seorang lelaki berusia 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tersepit di dalam Perodua Bezza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini