comscore
Tumpuan :
Nasional

Bau abnormal dikesan di Sungai Buah, Sungai Semenyih

Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memeriksa bau air susulan bau abnormal di Sungai Buah dan Sungai Semenyih, malam ini. – FOTO: NSTP/Ihsan Facebook LUAS

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan tindakan siasatan dan mitigasi menyeluruh selepas mengesan bau abnormal di Sungai Buah dan Sungai Semenyih, malam ini.

Agensi itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, perkara yang dikesan pada 8.30 malam ini dibuat berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air.

Menurutnya, pemantauan bau sudah ditingkatkan kepada setiap 30 minit.

“Bacaan terkini di Sungai Semenyih mencatatkan satu ton.

“Untuk itu, pasukan LUAS digerakkan untuk carian serta pengesanan punca,” katanya.

LUAS turut berhubung dengan pihak Negeri Sembilan bagi semakan di lokasi berkaitan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini