comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada risiko berlaku gangguan operasi – LUAS

Kakitangan LUAS melakukan pemantauan sepanjang malam di Sungai Selangor susulan kekeruhan air di Sungai Sembah, semalam. – FOTO: Ihsan LUAS

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan tiada risiko berlakunya gangguan operasi Loji Rawatan Air (LRA) utama di negeri ini berikutan kekeruhan air yang dikesan di Sungai Sembah semalam.

Ini berikutan pemantauan dijalankan LUAS di Sungai Selangor malam tadi.

“Operasi ditamatkan jam 2 pagi tadi setelah didapati kualiti air kembali pulih seperti keadaan biasa di bawah 500 NTU bacaan kekeruhan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

LUAS berkata, pemerhatian pihaknya mendapati peningkatan kadar kekeruhan itu disebabkan hujan lebat yang berlaku di kawasan Sungai Sembah petang semalam.

Susulan itu agensi terbabit akan terus memantau keadaan semasa di sungai-sungai terlibat dan bersiap siaga untuk tindakan-tindakan mitigasi yang perlu.

Semalam, media melaporkan LUAS mengesan kekeruhan air susulan hujan lebat di kawasan lembangan Sungai Selangor.

Semakan kemudian mengesan kadar kekeruhan sehingga 595 NTU yang direkodkan di Sungai Sembah, jam 7 malam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini