comscore
Tumpuan :
Nasional

Sungai Sembah dicemari diesel?

SHAH ALAM: Pencemaran bau seakan diesel dikesan di Sungai Sembah, malam tadi oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Dalam satu kenyataan LUAS berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung insiden itu jam 10.30 malam.

Susulan itu katanya, kod kuning berdasarkan manual kecemasan pencemaran sumber air kemudian diaktifkan.

“Pemantauan rapi diaktifkan segera di tiga lokasi pemantauan iaitu di Sungai Sembah, Sungai Selangor dan inlet kolam Hang Tuah, Bestari Jaya.

“Sehingga kini sekitar tempoh melebihi dua jam, tiada penemuan sebarang risiko pencemaran bau di dalam aliran Sungai Selangor,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini