comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayaran ‘Porter’ Gunung Kinabalu Akan Diselaraskan Ikut Kadar Taman-Taman Di Sabah

KOTA KINABALU: Bayaran untuk perkhidmatan porter biasa yang mengangkat barangan pengendali penginapan dan restoran di Gunung Kinabalu akan diselaraskan dengan bayaran malim gunung yang membawa barangan pendaki.

KOTA KINABALU: Bayaran untuk perkhidmatan porter biasa yang mengangkat barangan pengendali penginapan dan restoran di Gunung Kinabalu akan diselaraskan dengan bayaran mengikut kadar Taman di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata bayaran itu perlu mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan Taman Kinabalu di Kundasang, Ranau.

Beliau berkata, ketika ini kadar upah ditetapkan TTS untuk porter mengangkat barang pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram (kg) dengan berat minimum 10kg, manakala kadar bayaran porter mengangkat barangan syarikat pengendali penginapan dan restoran pula hanya RM5kg.

Menurut data laporan daripada Taman-Taman Sabah, secara purata pendapatan seorang poter pendaki gunung Kinabalu dengan pendakian sebanyak 12 kali sebulan dengan adalah RM3,540.

Manakala, kadar upah porter mengangkat barang keperluan perkhidmatan untuk penginapan dan restoran, adalah Rm5.00 perkilogram yang dikendalikan oleh Mountain Torq dan Sutera Sanctuary Lodge.

Secara purata, berat barang yang diangkat seorang Poter sehari adalah 35 kilogram sekali mendaki dan sekiranya poter mendaki sebanyak 15 kali sebulan, purata pendapatan adalah RM2625. Walau bagaimanapun kekerapan mendaki adalah bergantung kepada kerajinan seorang porter.

Terkini kadar upah yang diberikan oleh Taman-Taman Sabah kepada porter mengangkat barang keperluan penginapan adalah RM5.50 per kilogram.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq juga dapat mempertimbangkan untuk selaraskan kadar upah yang sama dengan Taman-Taman Sabah.

“Untuk kadar upah bagi malim gunung ketika ini adalah RM230 untuk 2 hari 1 malam. Purata seorang malim gunung mengiring pendaki dalam sebulan adalah sebanyak 13 kali dengan anggaran pendapatan Rm2990,” kata beliau.

Namun jelasnya, kadar upah porter dan juga malim gunung itu akan dibincangkan dari semasa ke semasa agar mereka juga mampu meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Jelasnya, upah mereka perlu sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya kepada pendaki Gunung Kinabalu.

Walau bagaimanapun, beliau mahu semua poter dan malim juga memberikan perkhidmatan terbaik seiring dengan imej Gunung Kinabalu yang bakal mendapat pengiktirafan sebagai tapak UNESCO Global Geopark.

Sementara itu, bantuan kewangan secara “One Off” sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Poter Gunung Kinabalu juga telah diluluskan.

Oleh itu, beliau harap ia dapat membantu persatuan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19, serta menampung kos pengurusan persatuan yang baru sahaja bermula secara aktif selepas sempadan negara mulai dibuka April lalu.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama Taman-Taman Sabah, Sutera Sanctuary Lodge, Mountain Torq, Persatuan Malim Gunung dan juga Persatuan Porter Gunung Kinabalu semalam.

Dalam pada itu, kementerian turut mengesyorkan agar semua porter dan malim gunung memakai uniform atau baju seragam khas untuk menaikkan lagi imej mereka di mata pelancong selain memberi gambaran terbaik khususnya ketika menjalankan tugasan mereka.

Sebagai permulaan, Kementerian bersama Taman-Taman Sabah akan membantu persatuan untuk sama-sama mencari dana bagi menampung kos baju seragam tersebut.

Jafry berharap dengan pengumuman ini, ia akan memberikan semangat serta membolehkan malim gunung dan porter melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik.

KOTA KINABALU: Bayaran untuk perkhidmatan porter biasa yang mengangkat barangan pengendali penginapan dan restoran di Gunung Kinabalu akan diselaraskan dengan bayaran malim gunung yang membawa barangan pendaki.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin berkata, bayaran itu perlu mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan Taman Kinabalu di Kundasang, Ranau.

Beliau berkata, ketika ini kadar upah ditetapkan TTS untuk porter mengangkat barang pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram (kg) dengan berat minimum 10kg, manakala kadar bayaran porter mengangkat barangan syarikat pengendali penginapan dan restoran pula hanya RM5kg.

Katanya, kadar itu rendah berbanding kadar upah ditetapkan TTS ketika ini iaitu RM5.50kg.

“Laporan TTS menunjukkan secara purata pendapatan seorang porter pendaki Gunung Kinabalu dengan pendakian 12 kali sebulan sebanyak RM3,540, manakala porter biasa hanya mendapat RM2,625 dengan 15 pendakian sebulan dan berat 35kg sekali pendakian.

“Oleh itu berharap pihak Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan kadar upah yang sama dengan TTS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, satu sesi dialog diadakan antara TTS, Sutera Sanctuary Lodge, Mountain Torq, Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu.

Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq adalah dua syarikat yang mengendalikan penginapan dan restoran serta aktiviti pendakian mencabar via feratta.

Jafry berkata, bagi perkhidmatan malim gunung kadar upah ketika ini sebanyak RM230 untuk tempoh dua hari satu malam dengan purata seorang malim gunung melakukan 13 pendakian mengiringi pendaki dalam sebulan dengan anggaran pendapatan RM2,990.

“Kadar upah porter dan malim gunung ini akan dibincangkan dari semasa ke semasa supaya mereka mampu meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta mempunyai standard kehidupan yang lebih baik.

“Upah mereka perlu sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya kepada pendaki Gunung Kinabalu,” katanya.

Kerajaan Sabah turut meluluskan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Loading...
Terkini