comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi ditemui lemas dalam kolam rumah datuk

 

IPOH: Bayi perempuan yang berusia 21 bulan ditemui lemas dalam kolam renang kanak-kanak di kediaman datuk mangsa di Tambun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata kejadian sekitar jam 8.45 malam tadi disedari bapa mangsa.

Beliau berkata, sebuah hospital swasta di sini mengesahkan kematian mangsa selepas dibawa bapanya.

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku dalam kolam renang kanak-kanak di dalam sebuah rumah datuk mangsa dan ibu bapa mangsa menziarahi ahli keluarga lain.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, bedah siasat oleh doktor Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun ini mendapti punca kematian bayi itu ialah lemas.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, iaitu membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan yang sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Terkini