comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi perempuan ditinggal depan masjid

FOTO: PDRM

TAIPING: Seorang bayi perempuan ditinggalkan di hadapan pintu Masjid An Najihah, Sungai Kepar, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Juna Yusoff berkata pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Menurutnya hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati kejadian berlaku pada jam 11.58 tengah hari.

“Semakan mendapati seorang wanita masuk ke kawasan masjid berkenaan dan meninggalkan bayi yang dibaluti kain itu di hadapan pintu utama masjid sebelum beredar.

“Bayi berkenaan dalam keadaan cukup sifat, sihat dan pihak polis menyeru wanita terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu pihak polis,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Inspektor Ng Boon Jian atau 05-721 2222 dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini