comscore
Tumpuan :
Nasional

Imigresen tahan 114 pekerja warga asing di Tampoi

114 warga asing ditahan dalam satu operasi Ops Belanja dan Ops Selera di sebuah pasar raya di Tampoi, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 114 warga asing dalam satu operasi Ops Belanja dan Ops Selera di sebuah pasar raya di Tampoi, di sini, selepas menerima aduan awam mengenai kewujudan warga asing bekerja di situ.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi yang dijalankan pada jam 11.30 pagi Jumaat lalu, disertai 90 pegawai bahagian penguatkuasa negeri, pegawai Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Operasi ini adalah hasil risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam. Seramai 228 warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India dan Thailand termasuk warga tempatan diperiksa.

“Dalam operasi ini seramai 106 lelaki iaitu 51 (Myanmar), 34 (Indonesia), 10 (Bangladesh), lapan (Nepal), 3 (India) serta lapan wanita Indonesia berumur dalam lingkungan umur 19 hingga 58 tahun sudah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

114 warga asing yang bekerja di pasar basah di sebuah pasaraya di Tampoi ditahan. FOTO: Ihsan JIM JOHOR

Baharuddin berkata, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Semua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Ada juga warga asing ditahan juga melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa, Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Kita juga menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Jabatan ini menggesa kepada warga asing supaya mengambil peluag menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan tamat pada 31 Disember 2023.

“JIM tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi menangkap PATI serta majikan yang masih berdegil,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini