comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelanggan tumbuk juruwang mengandung hingga lebam

Tangkap layar daripada video tular

JOHOR BAHRU: Ditumbuk pelanggan sehingga lebam, juruwang wanita buat laporan polis.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Southkey di sini, kelmarin.

Berdasarkan video tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit lima saat memaparkan pelanggan wanita dilihat menumbuk muka juruwang terbabit ketika mengambil resit selepas pembayaran dibuat.

Mengikut maklumat yang dikongsikan mangsa menerusi Facebook atas nama Zuriani Mahmood yang sedang mengandung, kejadian tersebut berlaku pada jam 3.17 petang semasa wanita tersebut membuat pembayaran dan mahu memulangkan barang yang dibelinya.

“Saya meminta dia untuk menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem juruwang.

“Bagaimanapun wanita tersebut dengan tiba-tiba memarahi dengan nada tinggi dan selepas pembayaran dibuat dia menumbuk muka sehingga mengakibatkan bengkak di bahagian bawah mata sebelah kiri,” menurut laporan polis yang dikongsikan mangsa.

Zuriani memaklumkan laporan polis dibuat di Balai Polis Majidee di sini pada hari sama kejadian berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini