comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan bawang dalam negara mencukupi

Foto hiasan/ NSTP

TANGKAK: Bekalan bawang di negara ini  masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di negara ini.

“Kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kita runding semula, mereka sanggup menjual 170,000 tan metrik kepada Malaysia.

“Saya ingat berhenti eksport bawang ini disebabkan keadaan politik dalam negara mereka yang akan berlaku pilihan raya, selepas itu mungkin mereka akan eksport semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penanaman Padi di Negeri Johor di Kampung Sawah Ring, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini bekalan bawang di Malaysia susulan sekatan eksport bawang dari India.

Akhir tahun lepas, Direktorat Perdagangan Luar Negeri India mengumumkan negara tersebut melarang eksport bawang sehingga 31 Mac depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini