comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bekalan telur stabil, melebihi permintaan – Zahid

 

Oleh : Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP) Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) hari ini memaklumkan bekalan telur dalam negara kini stabil pada tahap melebihi permintaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, intervensi pengedaran telur telah dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mulai  November 2022 bagi memastikan pengguna mendapat akses bekalan terutamanya telur  di bawah harga kawalan.

Sehingga 8 Mei lalu katanya 28.10 juta biji telur ayam telah diedarkan kepada pengguna.

Bekalan itu ujarnya diedarkan ke 369 premis seperti Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan Agrobazaar Kedai Rakyat.

“Dalam situasi begitu, oleh kerana telur adalah barangan harga kawalan, harga itu ditetapkan mengikut jadual. Perkara ini penting agar pengguna tetap mendapat bekalan.

“FAMA telah diarahkan untuk membuka mengikut nisbah penduduk dimana FAMA harus memberi perancangan untuk membuka 1391 pasar tani. Ini ditumpukan di kawasan berpendudukan tinggi di semenanjung”, katanya  selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup di sini.

Tambahnya untuk Sabah dan Sarawak, FAMA  cuba untuk membuka pasar tani tapi penduduk  lebih berminat untuk menggunakan pasar tamu mereka.

Loading...
Terkini