comscore
Tumpuan :
Nasional

Beto Kusyairy cedera, terbabit kemalangan ketika konvoi motosikal

Beto Kusyairy. – FOTO : NSTP

TAPAH: Pelakon, Beto Kusyairy cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya ketika konvoi terbabit kemalangan di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika pelakon berusia 43 tahun itu menyertai konvoi bersama kira-kira 60 motosikal jenis Harley Davidson dari Sungai Buloh menuju Ipoh.

Selain Beto yang cedera ringan, seorang lagi peserta konvoi berusia 37 tahun dilapor cedera parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan empat buah motosikal.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kumpulan konvoi motosikal dari arah sama.

“Selain peserta konvoi Harley Davidson, satu lagi membabitkan peserta konvoi lima penunggang motosikal jenis Yamaha X-Max yang dalam perjalanan dari Sepang di Selangor menuju Gurun di Kedah.

“Kemalangan dipercayai berpunca hujan lebat yang menyebabkan permukaan jalan menjadi licin.

“Semua mangsa menerima rawatan di Hospital Tapah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Loading...
Terkini