comscore
Tumpuan :
Nasional

Operator kenderaan berat dinasihat bawa muatan stabil

Insiden tumpahan muatan cecair yang berlaku di KM1.2 di lebuhraya ELITE semalam

SHAH ALAM: Operator dan pemandu kenderaan berat perdagangan dinasihatkan memastikan muatan yang dibawa stabil dan sentiasa dalam keadaan baik.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, ia susulan insiden tumpahan muatan cecair yang berlaku di KM1.2 di lebuhraya ELITE semalam.

“Kejadian telah menyebabkan laluan susur tersebut ditutup sementara untuk kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan semula jalan di kawasan terbabit dilaksanakan”.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan semula jalan di kawasan terbabit dilaksanakan

Menurut PLUS, kerja-kerja menurap semula jalan terpaksa dilakukan ekoran kesan tumpahan cecair yang berpotensi menyebabkan laluan menjadi licin dan membahayakan keselamatan pengguna lebih raya.

“Laluan susur Persimpangan Shah Alam dan Subang di Lebuhraya NKVE menghala Seafield/KLIA di Lebuhraya ELITE (Arah Selatan) telah dibuka sepenuhnya mulai 8.30 pagi tadi.’ katanya lagi.

Loading...
Terkini