comscore
Tumpuan :
Nasional

Bilik asrama lelaki Sahut terbakar, 10 pelajar nyaris maut

Anggota bomba sedang memadam kebakaran asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) di Hulu Terengganu. – FOTO: Ihsan BBP Kuala Berang

HULU TERENGGANU: 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), dekat sini, nyaris maut apabila asrama yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian awal pagi hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 3.30 pagi itu mengakibatkan bilik yang menempatkan kumpulan pelajar lelaki berkenaan hangus 70 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata sebaik menerima panggilan seramai 15 pegawai dan anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dan Kuala Berang bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah bilik asrama berkeluasan 20×20 kaki.

Kesemua pelajar yang berada di dalam bilik itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini