comscore
Tumpuan :
Nasional

BMW terbakar, lelaki nyaris rentung

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenis BMW X5 di Jalan Sungai Nipah, Sungai Besar hari ini. – FOTO: Ihsan BBP Sungai Besar.

SUNGAI BESAR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kenderaan pelbagai guna (SUV) mewah dipandunya terbakar secara tiba-tiba di Jalan Sungai Nipah, Simpang Lima, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.02 petang tadi.

Beliau berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar segera dikejarkan ke lokasi.

Menurut maklumat awal, mangsa berusia 46 tahun yang memandu BMW X5 segera memberhentikan kenderaannya sebaik menyedari asap keluar dari bahagian papan pemuka kenderaan.

Pada masa sama, kereta itu tiba-tiba terbakar.

“Lelaki itu berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Hampir seluruh kereta itu terbakar.

Ahmad Mukhlis berkata bomba mengambil masa selama kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini