comscore
Tumpuan :
Nasional

BOLA SEPAK: Gol saat akhir Zainal Abidin pastikan NSFC ikat City Boys

Foto: Facebook Malaysian Football League – NSFC halang Kuala Lumpur City catat kemenangan di tempat sendiri

CHERAS: Hasrat Kuala Lumpur City meraih tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan (NSFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur petang tadi lebur apabila dipaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Beraksi di perlawanan ke-17, Romel Morales menceriakan tuan rumah menerusi jaringan pendahuluan pada minit ke-40.

Anak buah Bojan Hodak selepas itu tidak mampu menambah kelebihan menyaksikan pelawat banyak kali menembusi kawasan mereka memburu gol penyamaan.

Ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan kedudukan 1-0, usaha terakhir barisan K. Devan pada masa kecederaan membuahkan hasil, menerusi percubaan jarak dekat Zainal Abidin Jamil.

Ia merupakan keputusan seri ketiga City Boys yang menduduki posisi keenam dalam empat aksi terakhir menerusi 25 mata.

Hobin Jang Hobin yang membawa pulang satu mata dari Cheras pula di tangga kesepuluh dengan 20 mata.

Loading...
Terkini